Definisi Minuman Keras.

Minuman keras atau dikenali sebagai arak disebut sebagai khamar dalam Bahasa Arab ialah suatu bahan yang apabila diminum oleh seseorang boleh menyebabkan ianya mabuk atau lebih tepat lagi sesuatu bahan yang dapat menghilangkan kewarasan akal fikiran dari tabiat yang sebenarnya.

Seseorang yang meminum arak, biasanya menjadi mabuk, hilang kebenaran fikirannya, lupa diri, lupa pada Tuhan, percakapannya tidak menentu dan membuka rahsia diri dan rahsia orang lain tanpa disedari.