Kesimpulan

Allah Taala mengharamkan arak disejajarkan dengan judi, penyembah berhala dan bertenung nasib kerana ia merupakan dosa besar yang dikutuk oleh Allah dan amat kotor dan hina. Menjauhi meminum minuman keras adalah kunci keselamatan diri,ugama, masyarakat dan seluruh kehidupan, sebaliknya melakukan perbuatan ini bererti kerugian, kemelaratan dan punca permusuhan dan kebencian. Oleh itu cara yang paling tepat untuk menghilangkan ketagihan meminum minuman keras ini ialah dengan cara mempertebalkan iman, berlaku sabar dan menjalankan ibadah sembahyang kerana sembahyang adalah tiang ugama dalam mengingati Allah Taala. Maka apa yang nyata bahawa minuman keras (Arak) adalah penyakit bukannya ubat. Dari itu jauhilah supaya kita beroleh keamanan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.