Minuman Keras Dalam Konteks Negara Brunei Darussalam

Agama Islam mengharamkan penganutnya meminum minuman yang memabukkan. Sebagai Negara yang berfalsafahkan Negara Melayu Islam Beraja. Kerajaan Negara Brunei Darussalam juga telah mengambil langkah untuk mencegah kemasukan semua jenis minuman keras mulai 1 Disember 1990. Selain itu kerajaan di negara ini juga menegah penjualannya.

Pengecualian khas untuk memasukkan minuman keras hanya diberikan kepada diplomat-diplomat asing serta mereka yang bukan beragama Islam untuk kegunaan majlis keagamaan mereka masing-masing.

Mereka yang didapati bersalah kerana membawa masuk minuman keras lebih daripada yang dihadkan atau menyeludupan ke negara ini boleh didenda sehingga empat puluh ribu ringgit Brunei jika sabit kesalahan.