Pengenalan

Arus perubahan pada zaman kini yang semakin pesat hingga menjadikan  masyarakat mengalami perubahan yang berlaku sama ada dari aspek fizikal, persekitaran, sosial dan rohani. Perubahan terutamanya dari aspek nilai-nilai sosial dan moral yang berlaku ke atas masyarakat pada masa ini hasil kelalaian masyarakat ini mengakibatkan gejala-gejala negatif  atau dalam erti kata lain gejala sosial telah berlaku dikalangan sesetengah masyarakat. Jika dilihat bahawa masalah-masalah yang timbul atas sebab kekeliruan terhadap dalam diri individu dan akhirnya terperangkap dalam permasalahan akibat daripada gangguan bagaimana mereka berfikir dan bertindak seperti berfikir secara tidak rasional hingga akhirnya melakukan tindakkan yang tidak wajar. Dari pemasalahan yang dihadapi timbul pelbagai masalah-masalah sosial. Di antara gejala sosial yang dihadapi oleh masyarakat antaranya ialah meminum minuman keras, penyalahgunaan dadah, merokok, menghidu gam, ponteng sekolah, pemugut, melepak dan sebagainya.

Di sini hanya akan membicarakan tentang gejala minum minuman keras yang merangkumi definisi, punca, kesan dan langkah-langkah bagaimana mengatasi masalah gejala meminum minuman keras.